CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, August 23, 2009

METAKOGNITIF

Proses refleksi Metakognitif adalah satu proses yang mana kita mencari suatu laman sesawang untuk memastikan adakah laman sesawang itu sesuai ataupun tidak bagi kegunaan para pelajar mahupun guru itu sendiri. Hal ini demikian kerana ia boleh diaplikasikan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Terdapat empat cara dalam proses refleksi metakognitif iaitu perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian sesuatu laman sesawang tersebut.

Proses yang pertama adalah perancangan.Perancangan sangat penting sebelum kita memulakan sesuatu tugasan sama juga ketika hendak mencari maklumat dalam internet.
Misalnya, sebelum seseorang guru iru memulakan proses P&P, sudah pasti beliau mempunyai rancangan untuk mengajar pada hari tersebut.Hal ini demikian kerana proses P&P akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.Selain itu,samalah juga apabila mahu mencari maklumat dalam laman sesawang,kita perlulah mengakses maklumat dengan menggunakan beberapa teknik yang akan memudahkan carian tersebut misalnya dengan menggunakan kata kunci,menggunakan pembuka dan penutup kata dan teknik carian yang lain.
Proses seterusnya adalah pelaksanaan. Apabila kita sudah merancang sesuatu tugasan dengan baik,kita boleh melaksanakan tugasan tersebut sejajar dengan apa yang sudah dirancang.

Proses yang ketiga adalah pemantauan.Pemantauan boleh dilakukan dengan pelbagai cara contohnya dengan melihat secara keseluruhan maklumat yang terdapat dalam laman sesawang tersebut, misalnya mengenalpasti isi kandungan yang terdapat dalam laman sesawang tersebut adakah berkaitan dengan maklumat yang dikehendaki.

Proses yang terakhir adalah penilaian.Penilaian boleh dilakukan dengan melihat kepada kejelasan, ketepatan, tahap logik sesuatu maklumat, relevan atau tidak untuk diaplikasikan dalam P&P.Selain itu, apabila kita sudah dapat mengenal pasti kelebihan atau kekurangan laman sesawang yang tertentu, kita tidak akan menggunakan laman sesawang yang tidak sesuai.

0 comments: