Perbandingan Facebook dengan Yahoo Groups ialah facebook merupakan saluran komunikasi yang digunakan untuk menambahkan kenalan bukannlah untuk perbincangan, manakala yahoo groups merupakan saluran komunikasi untuk meluahkan pendapat yang bernas tentang sesuatu isu yang sememengnya menuntut pemikiran yang matang dan kritis secara berkumpulan.
Perbandingan yang kedua ialah Facebook boleh menggunakan bahasa rancu iaitu bahasa yang bercampur-aduk antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris juga dengan bahasa-bahasa lain yang mana penggunaan bahasanya adalah bebas dari segi tatabahasanya. Manakala Yahoo Groups pula sangat mementingkan penggunaan bahasa yang standard atau menggunakan ragam bahasa yang terikat dari segi tatabahasanya.
Perbandingan yang ketiga ialah Facebook mempunyai maklumat peribadi tentang pemilik tersebut, misalnya tentabg buku apa yang digemari dan jenis muzik yang digemari yang boleh dikongsi dengan rakan-rakan pemilik facebook tersebut.Manakala Yahoo Groups pula hanya mempunyai maklumat pemilik yang terhad.
Friday, August 21, 2009
PERBANDINGAN FACEBOOK DENGAN YAHOO GROUPS
Posted by Ahsiah at 7:13 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment