Sebagaimana yang kita sedia maklum ICT merupakan salah satu medium yang penting dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (p&p) tidak terkecuali dalam pendidikan khas. Sehubungan dengan itu,terdapat beberapa kepentingan ICT dalam Pendidikan Khas iaitu,penggunaan ICT dapat membantu para pelajar pendidikan khas dalam proses p&p.Selain itu,penggunaan ICT seperti gabungan audio, video dan juga animasi dapat menarik minat para pelajar.Hal ini secara tidak langsung proses p&p dalam sesebuah kelas tidak bosan dan sekali gus para pelajar dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang diajar oleh guru tersebut.Hal ini demikian kerana, para pelajar berkeperluan khas ini perlukan sesuatu yang berbeza cara belajarnya berbanding kanak-kanak tipikal. Selain itu, dengan penggunaan ICT ini,seseorang guru tersebut, dapat meningkatkan produktiviti , kecekapan dan keberkesanan dalam bilik darjah. Kepentingan lainnya ialah, dari segi mencari maklumat, para pelajar tidak perlu bersusah payah mencari maklumat di perpustakaan kerana pergerakan mereka agak terbatas, mereka hanya perlu mencari maklumat melalui lawan sesawang tertentu dan maklumat yang dikehendaki sudah berada di depan mata. Hal ini kerana segala-galanya di hujung jari anda.
Friday, August 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment