CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, August 23, 2009

METAKOGNITIF

Proses refleksi Metakognitif adalah satu proses yang mana kita mencari suatu laman sesawang untuk memastikan adakah laman sesawang itu sesuai ataupun tidak bagi kegunaan para pelajar mahupun guru itu sendiri. Hal ini demikian kerana ia boleh diaplikasikan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Terdapat empat cara dalam proses refleksi metakognitif iaitu perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian sesuatu laman sesawang tersebut.

Proses yang pertama adalah perancangan.Perancangan sangat penting sebelum kita memulakan sesuatu tugasan sama juga ketika hendak mencari maklumat dalam internet.
Misalnya, sebelum seseorang guru iru memulakan proses P&P, sudah pasti beliau mempunyai rancangan untuk mengajar pada hari tersebut.Hal ini demikian kerana proses P&P akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.Selain itu,samalah juga apabila mahu mencari maklumat dalam laman sesawang,kita perlulah mengakses maklumat dengan menggunakan beberapa teknik yang akan memudahkan carian tersebut misalnya dengan menggunakan kata kunci,menggunakan pembuka dan penutup kata dan teknik carian yang lain.
Proses seterusnya adalah pelaksanaan. Apabila kita sudah merancang sesuatu tugasan dengan baik,kita boleh melaksanakan tugasan tersebut sejajar dengan apa yang sudah dirancang.

Proses yang ketiga adalah pemantauan.Pemantauan boleh dilakukan dengan pelbagai cara contohnya dengan melihat secara keseluruhan maklumat yang terdapat dalam laman sesawang tersebut, misalnya mengenalpasti isi kandungan yang terdapat dalam laman sesawang tersebut adakah berkaitan dengan maklumat yang dikehendaki.

Proses yang terakhir adalah penilaian.Penilaian boleh dilakukan dengan melihat kepada kejelasan, ketepatan, tahap logik sesuatu maklumat, relevan atau tidak untuk diaplikasikan dalam P&P.Selain itu, apabila kita sudah dapat mengenal pasti kelebihan atau kekurangan laman sesawang yang tertentu, kita tidak akan menggunakan laman sesawang yang tidak sesuai.

METAKU

www.3metaku.com

  • memudahkan untuk mencari maklumat
  • terbahagi kepada pra keperluan dan strategi metaku

Pra Keperluan

  • tujuan untuk mengakses dan mempelajari maklumat dari internet
  • terdapat 4 kemahiran asas iaitu Pelayar Web, Ejen Carian, Teknik Carian dan Simpan Bahan dalam Talian
  • pelayar web
  • - untuk cari maklumat dari internet ,contoh dalam perisian internet explore, mozilla dan lain-lain
  • ejen carian
  • - juga perisian untuk mencari maklumat
  • -kumpul dan organisasi laman web melalui kata kunci
  • teknik carian
  • -mengetahui teknik-teknik untuk cari maklumat dengan cekap dan berkesan

Saturday, August 22, 2009

NOTA KU 2009

Ini adalah nota saya yang berkaitan dengan kemahiran dalam mempelajari kemahiran ICT.Langkah pertama, saya dikehendaki mendaftar yahoo groups, facebook, emel ni untuk gmail dan yahoo. ni untuk memudahkan interaksi dengan kawan-kawan.

YAHOO GROUPS

  • perbincangan secara elektronik dengan melayari laman web group kawan-kawan.
  • komunikasi banyak hala, perbincangan dengan rakan dengan menghasilkan idea-idea yang bernas lagi jitu.
  • invite rakan-rakan untuk join perbincangan dan mengetahui tentang diri saya
  • cara untuk invite kawan dengan menggunakan alamat emel mereka melalui INVITE.
  • kawan-kawan dapat tahu maklumat tambahan yang terbaru dengan cara join yahoo groups pemilik
  • untuk simpan nota sebagai back up sebab kalau simpan dalam thumb drive banyak virus.
  • boleh hantar assignment melalui yahoo groups

FACEBOOK

  • komunikasi dua hala,maksudnya sebarang isu atau maklumat hanya melibatkan dua pihak sahaja dan maklumat tersebut tidak sampai kepada ahli dalam facebook seperti yahoo groups.
  • senang untuk mencari kawan sebab hanya perlu taip nama sahaja.
  • kelebihan facebook mudah chatting untuk kenal dengan kawan-kawan.
  • membuat opensource.

BLOG

  • buat nota, simpan nota, assignment.
  • buat nota tentang kepentingan ICT dalam pendidikan, penggunaan facebook dalam pendidikan, perbandingan antara facebook dengan yahoo groups, dan membuat proses refleksi metakognitif .

Friday, August 21, 2009

PERBANDINGAN FACEBOOK DENGAN YAHOO GROUPS

Perbandingan Facebook dengan Yahoo Groups ialah facebook merupakan saluran komunikasi yang digunakan untuk menambahkan kenalan bukannlah untuk perbincangan, manakala yahoo groups merupakan saluran komunikasi untuk meluahkan pendapat yang bernas tentang sesuatu isu yang sememengnya menuntut pemikiran yang matang dan kritis secara berkumpulan.

Perbandingan yang kedua ialah Facebook boleh menggunakan bahasa rancu iaitu bahasa yang bercampur-aduk antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris juga dengan bahasa-bahasa lain yang mana penggunaan bahasanya adalah bebas dari segi tatabahasanya. Manakala Yahoo Groups pula sangat mementingkan penggunaan bahasa yang standard atau menggunakan ragam bahasa yang terikat dari segi tatabahasanya.

Perbandingan yang ketiga ialah Facebook mempunyai maklumat peribadi tentang pemilik tersebut, misalnya tentabg buku apa yang digemari dan jenis muzik yang digemari yang boleh dikongsi dengan rakan-rakan pemilik facebook tersebut.Manakala Yahoo Groups pula hanya mempunyai maklumat pemilik yang terhad.

Kepentingan ICT dalam Pendidikan Khas

Sebagaimana yang kita sedia maklum ICT merupakan salah satu medium yang penting dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (p&p) tidak terkecuali dalam pendidikan khas. Sehubungan dengan itu,terdapat beberapa kepentingan ICT dalam Pendidikan Khas iaitu,penggunaan ICT dapat membantu para pelajar pendidikan khas dalam proses p&p.Selain itu,penggunaan ICT seperti gabungan audio, video dan juga animasi dapat menarik minat para pelajar.Hal ini secara tidak langsung proses p&p dalam sesebuah kelas tidak bosan dan sekali gus para pelajar dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang diajar oleh guru tersebut.Hal ini demikian kerana, para pelajar berkeperluan khas ini perlukan sesuatu yang berbeza cara belajarnya berbanding kanak-kanak tipikal. Selain itu, dengan penggunaan ICT ini,seseorang guru tersebut, dapat meningkatkan produktiviti , kecekapan dan keberkesanan dalam bilik darjah. Kepentingan lainnya ialah, dari segi mencari maklumat, para pelajar tidak perlu bersusah payah mencari maklumat di perpustakaan kerana pergerakan mereka agak terbatas, mereka hanya perlu mencari maklumat melalui lawan sesawang tertentu dan maklumat yang dikehendaki sudah berada di depan mata. Hal ini kerana segala-galanya di hujung jari anda.

Wednesday, August 5, 2009

Kebaikan Facebook dalam Pendidikan

1. Mudah untuk bertukar-tukar pendapat antara para pelajar dan guru mengenai subjek-subjek
tertentu.
2. Dapat berbincang sesuatu masalah yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.
3. Dapat menjana idea baru untuk mengajar apabila berinteraksi dengan rakan-rakan dari
facebook.